Sunday, March 2, 2014

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUNUT SUSU, PASIR MAS


VISI SEKOLAH

SMK Bunut Susu menjadi sekolah cemerlang  2015

MISI SEKOLAH


  • Mengatur strategi berkesan untuk kecemerlangan dalam bidang akademik,ko-akademik dan kokurikulum.
  •  Memberi pendidikan yang berterusan kepada semua murid.
  •  Mewujudkan iklim sekolah dan kelas yang kondusif.
  •  Menyediakan prasarana pendidikan yang lengkap dan berkualiti.
  • Penggunaan ICT yang optimum.
  • Menyertai pertandingan ko-akademik dan kokurikulum yang dianjurkan oleh JPN/PPD/agensi luar.
  • Bekerjasama dengan PIBG, masyarakat dan agensi-agensi luar.
  
PIAGAM PELANGGAN

 

  • Dengan penuh rasa tanggungjawab, ketaqwaan dan keikhlasan kami berikrar akan mengabadikan diri dengan segala usaha dan kepakaran kami guna menangani:     
    • Suatu tahap pendidikan yang dinamik, mesra, penuh dedikasi dan dengan semangat kerelaan demi kecemerlangan akademik, kerohanian dan jasmani pelajar-pelajar kami.
    •  Suatu kesinambungan dalam aspek pemupukan dan perkembangan potensi personaliti demi membentuk pelajar berketrampilan serta berguna kepada agama, bangsa dan negara.
    • Suatu perwujudan perhubungan silaturahim yang penuh mesra dan ikhlas serta menyediakan perkhidmatan yang cekap dan selesa kepada masyarakat.
    •  Suatu kerjasama yang jitu dalam menjayakan wawasan pendidikan demi  merealisasikan WAWASAN NEGARA.
    •  Suatu iklim persekitaran  sekolah yang harmonis dan damai.